Thursday, January 8, 2009

Sakit badan

My back is killing me.

Leher rasa tegang. Dulu saya pernah masuk wad. Lepas buat MRI, saya didiagnos ada cervical spondylosis. Jangan malas nak tahu perkara baru, pergi google dan tengok apa ke bendanya cervical spondylosis dan take note how u can prevent yourself from having on.

Bukan belakang dan leher aje, satu badan sakit sume.


Patutnya petang tadi balik rumah sekejap nak berurut. Akak tukang urut tu pulak tak free. Saya ingat sayalah orang yang paling sibuk kat dunia ni. Rupa-rupanya ada orang lagi sibuk. Kalau saya sibuk macamana sekalipun, saya tak pernah turn down business. Kakak urut ni relax aje jawap.."Akak sibuklah Zah..sibuk sungguh ni, tak boleh nak dtg urut Zah. .hari esok pun sibuk..ermmm..Ahad baru tak sibuk"


Lambatnya hari Ahad. Rasa macam nak tercabut tulang belulang.


Actually, bukannya penat membanting tulang di sawah atau memikul kelapa sawit atau menebang balak..tapi penat yang dah lama simpan. Stok penat 3-4 bulan lepas. Sept penat uruskan rumah bulan puasa, Okt penat makan sempena raya dan kursus 5 minggu, Nov set up tpt keje baru, Dec penat adjust diri dgn keje dan rutin baru. Jan ni baru terasa sungguh penatnya.


Tapi ada sorang kawan kata pada saya dulu, tak apa kita penat kat dunia ni, nanti rehat betul-betul masa dlm kubur.


Ya, betul tu. Betul sangat2 jika penat kat dunia ni kerana perkara yang baik dan mendapat redha Allah. Kalau tak, kat kubur lagi penat..penat kena balun dengan malaikat.Masa tu bukan penat, tu penat kena siksa. Non-stop pulak tu, kecuali masa bulan Ramadhan..Aduss.


Tapi, saya memang dah biasa berpenat-penat begini. Nanti lepas urut dan adjust urat sana sini, insyaAllah OK. Seumur hidup saya, saya memang orang yang bekerja. Lepas grad, menganggur 1.5 bulan carik keje, pas tu terus keje tak berenti2. Beranakkan Hasif, rehat maternity 2 bulan, 3 years later dapat Syifa, maternity lagi 2 bulan. 4 years later dapat Adni, maternity 1 bulan pasal masa tu saya dah kerja sendiri. Boss mana boleh cuti lama-lama.So,secara matematiknya, sejak tahun 1994 hingga ke hari ini, saya hanya tak bekerja selama 5 bulan.


Bila dah kerja sendiri, memang dah tak ada istilah cuti. Kalau dapat MC dari doktor, guna buat bungkus chewing gum anak yang dia dah tak nak kunyah aje la. Nak ditunjukkan pada sapa la MC tu. Tunjuk pada diri sendiri.Banyak lagi keje bodoh lain yang boleh dibuat.


Now, my new job dengarnya lagilah tak ada istilah cuti. Katanya orang cuti, kitalah yang paling sibuk keje. Pulak.


Tapi, kalau diberi peluang tak bekerja pun rasanya saya akan gelisah nak bekerja juga. My husband pun cakap macam tu. Dia kata dia boleh bet isteri dia ni confirm tak senang duduk kat umah. Macamana you tahu? saya tanya. Heh, I ni suami u tau, dia jawap. Heh.Laki saya i pun macam saya jugak. Banyak magis.


Rajin bekerja. Rasanya itulah among my strength. I just cannot be static. Tak boleh pegun. Kalau dah mati nanti baru boleh statik. Sebab tu masa temuduga dulu, penemuduga tu tanya pasal the possibility of being too tired, coz the new job is so exhaustive at certain situations. Saya jawap.."Oh, that is the matter of mind over body" Maknanya, kalau badan penat macamana pun tapi minda kata tak penat, maka keadaannya akan menjadi tak penat. Saya ni kadang-kadang bercakap macam saya dah sampai ke tahap Mahatma Gandhi. Gandhi mogok tak makan, tapi dia tak kebulur pasal dia ada kuasa minda.
Malam ni sebelum tido saya nak wirid "Aku tak penat ..aku tak penat" sebanyak lima belas juta kali." Kalau betul menjadi teori saya tentang "mind over body" , alamat melepaslah akak urut tu nak bisnes dan merasa duit saya Ahad ni...Ha..Ha.
Take care, people!

1 comment:

  1. salam kak,

    saya pun kena sponcdylosis ni , boleh tau macam mana kak buat untuk atasi benda ni...tak tahan sakit badan....

    tq

    ReplyDelete