Sunday, January 11, 2009

Reflection dari peristiwa Ke dakapan Al-Khaliq

Sebagai refleksi dari peristiwa Cik Nor kehilangan suami pada keadaan yang tidak disangka-sangka (masa saya bercakap dengannya tadi, anda suranya seolah telah direnggut separuh nyawa dan terlumpuh separuh jasad), maka lepas solat Maghrib tadi saya cakap dengan my husband saya berazam untuk :

1. Bake his favourite cheesecake. Banana cake tak payah, yang kat kedai lagi sedap.

2. Cook more for him. Spaghetti bolognaise, laksa johor, sup ekor, apa lagi ek yang laki saya suka makan? Takkan 3 jenis aje. Saya punya favorite food aje ada lebih dari 300 jenis tidak termasuk pencuci mulut , takkan suami saya ada 3 jenis aje. Patutlah saya pakai saiz XXL.

3. Love him more. Appreciate him more. Emphatize with him more.

4. Serve him better. Wajar saya memulakannya dengan mengurangkan alasan sakit kepala, nak demam, stress target sale tak achieve, lenguh kaki, hormon disorder coz period dah nak dekat, worry ekonomi dunia tak menentu or whatever alasan when come to malam Jumaat.

4. Saya tak janji saya akan kemas rumah elok-elok. Bab housekeeping memang bukan forte saya semenjak dulu lagi. Tapi saya akan deduct dari elaun perbelanjaan merapu saya untuk upah orang datang rumah bersihkan sawang, lap habuk, lap cermin, susun baju dalam kabinet. Bilik air biar saya sendiri yang cuci bersih-bersih. Saya memang pantang tengok bilik air kotor. Sejajar dengan piawaian selenggaraan PETR0na$.


5. Be a better wife. According to my standard la. Standard yang saya set sendiri. Saya pun takut nak tanya my husband samada saya punya standard mencapai piawaian dia atau tidak. Apatah lagi untuk membandingkan standard saya dengan standard isteri-isteri para Nabi. Oh God, please don't broil me in hell just because I am not a good wife.


6. Tapi kan, sudah menjadi amalan saya every night sebelum tidur saya akan minta maaf dengan suami saya dan minta dia meredhai saya sebagai isterinya. Saya kata kalau dia tak redha dengan saya, kot saya mati malam ni, saya akan masuk neraka. Kesian lah kat I , hangus legam nanti I kat neraka, kata saya dalam desibel yang sangat rendah sambil buat muka kesian. Dan, dia memang diciptakan untuk menjadi seorang suami yang terbaik, dia akan maafkan saya dan meredhai saya. Untuk sejuta kalinya saya akan ucap terima kasih dan beritahu dia "I don't deserve you, sayang. You are too good for me." Kiss kiss hug hug. Kalau malam tu pening tak datang and the hormones behaving well, kadar penggunaan air pada esok pagi adalah lebih tinggi dari purata harian biasa. Ha! Ha!



Azam ini dilakukan kerana apabila saya atau dia kembali ke dakapan Al-Khaliq, harapannya tidak ada kekesalan yang mendalam di hati saya atau dia. Kecuali kenangan yang indah dan tanggapan yang baik. Barulah boleh apply tag line untuk para jenazah iaitu"Rest in peace".


To Cik Nor, insyaAllah, akhi Fuaad now is resting in peace.

1 comment:

  1. Thank you zah, saya 'terjumpa' blog awak ni secara tak sengaja. I'm blessed coz Allah ambil suami di awal-awal perkahwinan kami. Sewaktu saya belum alpa dalam melaksanakan ketaatan kepadanya. Di saat saya terlalu menyintainya dan sentiasa menanti-nanti utk berkhidmat kepadanya. Memang benar Allah mengambilnya di saat saat saya sangat memerlukannya tapi tiada kesalan insya-Allah kerana saya tahu saya telah mencuba yg terbaik.

    ReplyDelete