Monday, January 19, 2009

Destiny

Sepatutnya entry ni tak ditulis hari ini. Saya pun sebenarnya di dalam kesibukan. Tapi, baru sekejap tadi saya telah menjawab satu e-mail dari seorang isteri yang meminta pendapat samada beliau wajar mengikut suaminya berpindah ke tempat lain di mana suaminya posting dan saya telah menjemputnya ke blog saya ini. Beliau begitu gusar dengan pelbagai kemungkinan seperti kesukaran memindahkan persekolahan anak dan sebagainya. Ini respon saya :





I strongly believe tempat isteri adalah di sisi suami.Kecuali bagi kes-kes yang tak boleh dielakkan.

Jangan takut dengan perubahan. It cud bring goodness to you and family.

Baru-baru ini saya dan keluarga berhijrah ke satu tempat yang begitu asing bagi kami.
Dari kehidupan bandar ke kehidupan di kampung. Kalau dulu saya dan suami bergaul dengan doktor, pegawai, lawyer segala, kini hidup kami bercampur gaul dengan pekerja estet, petani, peladang, buruh kasar.

Semuanya berlaku in less than 3 mths. sept dpt tahu, nov 17 kami sudah berpindah ke tempat baru
hanya dengan membawa sedikit kain baju. And loads and loads of doa.

Of course macam-macam persoalan dan keraguan timbul sebelum tu. Tapi ada certain perkara dalam hidup ni kita tak boleh terlalu analytical. Pernah dengar perkataan "destiny"? Sometimes things happen for a reason that we are too dangkal to understand. Just need to redah and experience. Once we were put in a situation, akal dan jasad akan tahu bagaimana nak bertindakbalas. Itu kelebihan yang Allah bagi pada manusia.

Dan sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Dia sentiasa bersama kita, walau di mana sekali pun kita dicampakkan.Bukankah seluruh alam ini adalah milik Allah? Dia boleh menentukan di mana kita patut berada. Dan berdoalah moga Allah sentiasa bersama kita di dalam setiap tindakan dan keputusan yang kita buat. InsyaAllah, you will be guided by Him.

I wrote a little bit about this experience in my blog
walkingthecountryroads.blogspot.com. You might want to read about it and learn a thing or two how me and my family brave it thru.

Setakat ni, alhamdulillah. Not bad at all.



Axxxxx





Harapan saya jawapan saya itu dapat merungkai sedikit keraguan dan keresahan si isteri. And of course, saya sedia berkongsi pengalaman.





The hijrah me and my family made recently really out of expectation. We never thought kami akan ke tanah lain. Saya dan suami dah sort of established what we shud established at our old place. Network of friends, business, perancangan pendidikan anak-anak, macamana nak melalui hari-hari tua dsbnya. Yang belum cuma booking tanah untuk dikebumikan bila mati aje. Tapi dah nampak bayangannya. Kalau tak di Bukit Alif, akan dikebumikan di Jln Mahmoodiah.





Tapi sayangnya semuanya meleset sama sekali. Ketentuan Allah membawa saya dan keluarga ke sini. Baru-baru ni saya terfikir, kalau mati malam ni, nak dikebumikan di sini saja atau nak dikebumikan di Skudai? Well, jawapannya simple saja. Tanam ditempat yang plg mudah diuruskan.




Of course banyak perkara yang tak terjangka. Macamana sekolah anak, macamana tpt tinggal, boleh ngam tak dengan orang kat sini? org sini suka kita ke tak kedatangan kita?Hari Sabtu petang nak buat apa? Hari Ahad nak shopping kat mana? Kalau gian kek Secret Recipe kat mana nak cari? Selalu balckout ke kat tpt baru ni? Orang jahat ada ke tak kat tpt baru tu?
Kalau saya nak senaraikan setiap satu soalan yang timbul, alamat jenuhlah nak menaip.





Of course saya tidak menjadi Luncai. Me and my husband took calculated risk. Kalau kita pindah, kita akan hilang ni, tapi kita mungkin akan gain ini. Lepas hilang ni, macam mana kita nak contra semula?





Tapi, of all the things yang sampai hari ini saya masih ralatkan ialah pendidikan anak-anak saya. Saya almost tidak jadi berhijrah kerana perkara ini. Di Skudai anak-anak saya mendapat pendidikan di sekolah yang mengintegrasikan agama di dalam kurikulum. Mantap sekali tarbiyah di sekolah tersebut.

Saya istikharah berkali-kali. Mohon dan bermohon kepada Allah. Akhirnya hijrah juga saya dan
suami.





Allah Maha Berkuasa. Tiba di sini, saya tidak menyerah kalah. Dalam kesibukn saya, saya berkali-kali berulang ke PPD memohon kemasukan anak saya yang UPSR dpt 4A 1 B untuk masuk ke SMKA. Dalam hati saya saya berniat ini adalah ikhitar saya sebagai ibu.




Alhamdulillah, walaupun agak lewat, anak saya dapat ke SMKA.





Destiny kah ini? Takdir ini telah ditentukan Allah sejak awal lagi. Kadang-kadang saya pun naik confuse kami dihijrahkan ke sini untuk membolehkan anak saya ke SMKA atau anak saya ditakdirkan ke SMKA maka saya dan keluarga dihijrahkan ke sini? Macam saya cakapkan tadi, tak perlu terlalu analytical. Sometimes, we just need to embrace things that came to us. Perkuatkan dengan doa, doa, doa dan tawakkal.






Saya juga ada anak yang masih kecil. 10 tahun dan 5 tahun. Yang 5 tahun saya hantar di tadika PERPADUAN. To my surprise, tadika ini adalah tadika yang ke-3 terbaik bagi kategori tadika PERPADUAN semasa penilaian tadika berkualiti peringkat nasional tahun 2008. Allah tidak meletakkan perkara-perkara yang terbaik di satu lokasi saja. He spread them merata supaya yang terbaik itu dapat dinikmati oleh ramai orang. Itulah antara keadilan Allah.

Udara di sini sangat bagus. Ada masa-masanya saya rasa saya telah terhirup terlalu banyak oksigen. Sebab tu punggung saya bertambah lebar. Anak-anak juga gain weight. Makan apa saja berselera.





Masyarakatnya juga alhamdulillah.Saya dapat menerima mereka dan mereka juga nampaknya sudah boleh mula menerima saya dan keluarga sebagai ahli baru dalam masyarakat mereka. Baik Cina, Melayu, India and even Indonesian. My job nature requires me to mix well with them. Tip nya senang aje. Humble,humble and humble. And have lots and lots of courtesy. When we talk to them, talk about things that are close to their heart. Harga getah turun naik, dah dua hari hujan aje nak noreh pun susah, harga ikan kat pasar mahal sangat, pokok sawit dah nak tebang, sekarang ramai musim orang kerja kahwin, orang ni baru meninggal, dsbnya.




Qada' dan qadar Allah yang inilah yang menyebabkan saya sering tertunduk akur dengan kekuasaanNya menyusun atur nasib dan takdir hamba-hamba ciptaanNya di muka bumi ini.





Subhanallah.

1 comment:

  1. salam sis zah,

    saya jumpa blog ni thru uks, baca-cbaca tersenyum sorang -sorang, menarik jugak bila sis cerita pasal anak yg pertama kali berpisah ngan emaknya (ke emaknya yang pertama kali berpisah ngan anak?), nak jadi a better wife, hijrah, etc.

    semoga terus berblog.. :)

    ReplyDelete