Monday, January 19, 2009

Destiny

Sepatutnya entry ni tak ditulis hari ini. Saya pun sebenarnya di dalam kesibukan. Tapi, baru sekejap tadi saya telah menjawab satu e-mail dari seorang isteri yang meminta pendapat samada beliau wajar mengikut suaminya berpindah ke tempat lain di mana suaminya posting dan saya telah menjemputnya ke blog saya ini. Beliau begitu gusar dengan pelbagai kemungkinan seperti kesukaran memindahkan persekolahan anak dan sebagainya. Ini respon saya :





I strongly believe tempat isteri adalah di sisi suami.Kecuali bagi kes-kes yang tak boleh dielakkan.

Jangan takut dengan perubahan. It cud bring goodness to you and family.

Baru-baru ini saya dan keluarga berhijrah ke satu tempat yang begitu asing bagi kami.
Dari kehidupan bandar ke kehidupan di kampung. Kalau dulu saya dan suami bergaul dengan doktor, pegawai, lawyer segala, kini hidup kami bercampur gaul dengan pekerja estet, petani, peladang, buruh kasar.

Semuanya berlaku in less than 3 mths. sept dpt tahu, nov 17 kami sudah berpindah ke tempat baru
hanya dengan membawa sedikit kain baju. And loads and loads of doa.

Of course macam-macam persoalan dan keraguan timbul sebelum tu. Tapi ada certain perkara dalam hidup ni kita tak boleh terlalu analytical. Pernah dengar perkataan "destiny"? Sometimes things happen for a reason that we are too dangkal to understand. Just need to redah and experience. Once we were put in a situation, akal dan jasad akan tahu bagaimana nak bertindakbalas. Itu kelebihan yang Allah bagi pada manusia.

Dan sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Dia sentiasa bersama kita, walau di mana sekali pun kita dicampakkan.Bukankah seluruh alam ini adalah milik Allah? Dia boleh menentukan di mana kita patut berada. Dan berdoalah moga Allah sentiasa bersama kita di dalam setiap tindakan dan keputusan yang kita buat. InsyaAllah, you will be guided by Him.

I wrote a little bit about this experience in my blog
walkingthecountryroads.blogspot.com. You might want to read about it and learn a thing or two how me and my family brave it thru.

Setakat ni, alhamdulillah. Not bad at all.



Axxxxx





Harapan saya jawapan saya itu dapat merungkai sedikit keraguan dan keresahan si isteri. And of course, saya sedia berkongsi pengalaman.





The hijrah me and my family made recently really out of expectation. We never thought kami akan ke tanah lain. Saya dan suami dah sort of established what we shud established at our old place. Network of friends, business, perancangan pendidikan anak-anak, macamana nak melalui hari-hari tua dsbnya. Yang belum cuma booking tanah untuk dikebumikan bila mati aje. Tapi dah nampak bayangannya. Kalau tak di Bukit Alif, akan dikebumikan di Jln Mahmoodiah.





Tapi sayangnya semuanya meleset sama sekali. Ketentuan Allah membawa saya dan keluarga ke sini. Baru-baru ni saya terfikir, kalau mati malam ni, nak dikebumikan di sini saja atau nak dikebumikan di Skudai? Well, jawapannya simple saja. Tanam ditempat yang plg mudah diuruskan.




Of course banyak perkara yang tak terjangka. Macamana sekolah anak, macamana tpt tinggal, boleh ngam tak dengan orang kat sini? org sini suka kita ke tak kedatangan kita?Hari Sabtu petang nak buat apa? Hari Ahad nak shopping kat mana? Kalau gian kek Secret Recipe kat mana nak cari? Selalu balckout ke kat tpt baru ni? Orang jahat ada ke tak kat tpt baru tu?
Kalau saya nak senaraikan setiap satu soalan yang timbul, alamat jenuhlah nak menaip.





Of course saya tidak menjadi Luncai. Me and my husband took calculated risk. Kalau kita pindah, kita akan hilang ni, tapi kita mungkin akan gain ini. Lepas hilang ni, macam mana kita nak contra semula?





Tapi, of all the things yang sampai hari ini saya masih ralatkan ialah pendidikan anak-anak saya. Saya almost tidak jadi berhijrah kerana perkara ini. Di Skudai anak-anak saya mendapat pendidikan di sekolah yang mengintegrasikan agama di dalam kurikulum. Mantap sekali tarbiyah di sekolah tersebut.

Saya istikharah berkali-kali. Mohon dan bermohon kepada Allah. Akhirnya hijrah juga saya dan
suami.





Allah Maha Berkuasa. Tiba di sini, saya tidak menyerah kalah. Dalam kesibukn saya, saya berkali-kali berulang ke PPD memohon kemasukan anak saya yang UPSR dpt 4A 1 B untuk masuk ke SMKA. Dalam hati saya saya berniat ini adalah ikhitar saya sebagai ibu.




Alhamdulillah, walaupun agak lewat, anak saya dapat ke SMKA.





Destiny kah ini? Takdir ini telah ditentukan Allah sejak awal lagi. Kadang-kadang saya pun naik confuse kami dihijrahkan ke sini untuk membolehkan anak saya ke SMKA atau anak saya ditakdirkan ke SMKA maka saya dan keluarga dihijrahkan ke sini? Macam saya cakapkan tadi, tak perlu terlalu analytical. Sometimes, we just need to embrace things that came to us. Perkuatkan dengan doa, doa, doa dan tawakkal.






Saya juga ada anak yang masih kecil. 10 tahun dan 5 tahun. Yang 5 tahun saya hantar di tadika PERPADUAN. To my surprise, tadika ini adalah tadika yang ke-3 terbaik bagi kategori tadika PERPADUAN semasa penilaian tadika berkualiti peringkat nasional tahun 2008. Allah tidak meletakkan perkara-perkara yang terbaik di satu lokasi saja. He spread them merata supaya yang terbaik itu dapat dinikmati oleh ramai orang. Itulah antara keadilan Allah.

Udara di sini sangat bagus. Ada masa-masanya saya rasa saya telah terhirup terlalu banyak oksigen. Sebab tu punggung saya bertambah lebar. Anak-anak juga gain weight. Makan apa saja berselera.





Masyarakatnya juga alhamdulillah.Saya dapat menerima mereka dan mereka juga nampaknya sudah boleh mula menerima saya dan keluarga sebagai ahli baru dalam masyarakat mereka. Baik Cina, Melayu, India and even Indonesian. My job nature requires me to mix well with them. Tip nya senang aje. Humble,humble and humble. And have lots and lots of courtesy. When we talk to them, talk about things that are close to their heart. Harga getah turun naik, dah dua hari hujan aje nak noreh pun susah, harga ikan kat pasar mahal sangat, pokok sawit dah nak tebang, sekarang ramai musim orang kerja kahwin, orang ni baru meninggal, dsbnya.




Qada' dan qadar Allah yang inilah yang menyebabkan saya sering tertunduk akur dengan kekuasaanNya menyusun atur nasib dan takdir hamba-hamba ciptaanNya di muka bumi ini.





Subhanallah.

Thursday, January 15, 2009

From Brazil

Carlos Latuff ' s statement:


I ' d like to beg all viewers to spread this image anywhere, as a way to expose Israeli war crimes against Palestinians. Use it on t-shirts, posters, banners. Reproduce it in zines, papers, magazines, and make it visible everywhere. Here is the high-resolution version for printing purposes:

Thank you in the name of every suffering Palestinian.



























































































































Tuesday, January 13, 2009

He has all the reasons to make me love him.(Hasif's Special Eyes -series 1)




















Anakku,
Moga Allah terus mengurniakanmu kebolehan melihat sesuatu yang luar biasa walau sekadar memandang perkara yang biasa.
Nota kaki :
Mak tak pandai nak ambik gambar macam ni.
Mak cuma pandai cakap.
You must have gotten this gift from Ayah.













Berendam air mata


You are deeply missed, sayang.
Malam tadi saya tidur berendam air mata.
Bukan mengenangkan harga minyak turun naik. Bukan.
Bukan juga mengenangkan nasib kanak-kanak Palestin yang dihimpit perang. Saya berendam air mata kerana tu dua malam yang lepas.
Bukan juga pasal lapar ke. Bukan, bukan. Kalau lapar, saya tak nangis, saya pegi makan.
Malam semalam adalah malam pertama saya tidur tanpa anak lelaki saya yang seorang ini kerana anak saya dah masuk asrama. Dulu-dulu pun saya pernah tidur tanpa anak-anak saya. Kalau saya ada kelas Masters di UM dan perlu bermalam di bilik sewa di Vista Angka$a, saya tidur sendiri tanpa anak-anak. Tapi taklah sedih macam ni knowing malam esoknya saya akan balik ke pangkuan keluarga and we will reunite again.
Ni tidak. Kena tunggu cuti penggal baru saya boleh ada full house at night.
This thing came too soon. Tu yang saya susah nak adjust. Dari awal saya dah cakap dengan suami yang our children tak perlulah ke boarding school. Anak dahlah tak ramai, so let them spend the first 17 years of ther life dengan kita. Bila dah masuk university, tu memnag dah tak boleh nak elak.
Itu rancangan saya. Apalah sangat rancangan kita sebagai manusia yang lemah yang serba tidak mengetahui berbanding Dia.
Right after his UPSR result, saya dapat stesen di tempat ni. Kena pindah sini. The whole landscape berubah. Dari tempat tinggal, jadual harian, lifestyle dsbnya. Tapi ada beberapa perkara yang tak berubah, such as my children shall get the best education and it should be be based on Islamic education.
Dulu di Skudai, kami hantar anak-anak ke sek swasta yang integrate Islamic teaching into their curriculum. Berana anta anak2 kitaorang.
Tiba sini, kawan-kawan beraku engkau. Ternganga anak saya. Nak jawap guna ana anta atau nak jawap guna aku engkau.
Sebagai seorang insan yang serba kekurangan, saya tahu di tahap mana kemampuan saya. I am not a perfect mother. Dan saya tidak mahu ketidaksempurnaan saya itu merosakkan kehidupan masa depan anak-anak saya.
Sebagai ikhitiar seorang ibu, saya turun naik ulang alik ke PPD membuat rayuan agar anak saya dipertimbangkan ke SMKA bagi memastikan anak saya mendapat kesinambungan kepada Islamic education yang dia dapat dulu.
Pagi semalam, doa orang yang berdoa telah dimakbulkan Allah. "Puan, sila datang ke PPD untuk ambil surat tawaran anak Puan." Terus kena daftar di SMKA Segamat dan petang tu jugak kena hantar masuk asrama. Tak perlu saya cerita macamana kelam kabutnya saya menyiapkan peralatan anak nak ke asrama. Bab ni saya jadik good mother pulak. Yalah, pasal ianya ada kena mengena dengan aktiviti bershopping dan perabih duit. Itu kemahiran saya.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada aku dan anakku untuk menghadapi perpisahan sementara ini. Lindungilah anakku dari sebarang bahaya dan kejahatan makhluk. Berikan kekuatan kepadanya dan jadikannlah dia seorang yang disenangi rakan dan guru. Berikannya kesihatan yang baik dan lapangkanlah dadanya menuntut ilmu dan mempelajarai kemahiran baru. Ya Tuhan, telah Engkau takdirkan ini semua untuk kami, dan kami bermohon jadikanlah penghujungnya adalah sesuatu yang baik.Ameen.
InsyaAllah, I'll write more on this and about this special boy-Muzakkir Hasif.
Akak nak pegi nangis kejap.

Sunday, January 11, 2009

Reflection dari peristiwa Ke dakapan Al-Khaliq

Sebagai refleksi dari peristiwa Cik Nor kehilangan suami pada keadaan yang tidak disangka-sangka (masa saya bercakap dengannya tadi, anda suranya seolah telah direnggut separuh nyawa dan terlumpuh separuh jasad), maka lepas solat Maghrib tadi saya cakap dengan my husband saya berazam untuk :

1. Bake his favourite cheesecake. Banana cake tak payah, yang kat kedai lagi sedap.

2. Cook more for him. Spaghetti bolognaise, laksa johor, sup ekor, apa lagi ek yang laki saya suka makan? Takkan 3 jenis aje. Saya punya favorite food aje ada lebih dari 300 jenis tidak termasuk pencuci mulut , takkan suami saya ada 3 jenis aje. Patutlah saya pakai saiz XXL.

3. Love him more. Appreciate him more. Emphatize with him more.

4. Serve him better. Wajar saya memulakannya dengan mengurangkan alasan sakit kepala, nak demam, stress target sale tak achieve, lenguh kaki, hormon disorder coz period dah nak dekat, worry ekonomi dunia tak menentu or whatever alasan when come to malam Jumaat.

4. Saya tak janji saya akan kemas rumah elok-elok. Bab housekeeping memang bukan forte saya semenjak dulu lagi. Tapi saya akan deduct dari elaun perbelanjaan merapu saya untuk upah orang datang rumah bersihkan sawang, lap habuk, lap cermin, susun baju dalam kabinet. Bilik air biar saya sendiri yang cuci bersih-bersih. Saya memang pantang tengok bilik air kotor. Sejajar dengan piawaian selenggaraan PETR0na$.


5. Be a better wife. According to my standard la. Standard yang saya set sendiri. Saya pun takut nak tanya my husband samada saya punya standard mencapai piawaian dia atau tidak. Apatah lagi untuk membandingkan standard saya dengan standard isteri-isteri para Nabi. Oh God, please don't broil me in hell just because I am not a good wife.


6. Tapi kan, sudah menjadi amalan saya every night sebelum tidur saya akan minta maaf dengan suami saya dan minta dia meredhai saya sebagai isterinya. Saya kata kalau dia tak redha dengan saya, kot saya mati malam ni, saya akan masuk neraka. Kesian lah kat I , hangus legam nanti I kat neraka, kata saya dalam desibel yang sangat rendah sambil buat muka kesian. Dan, dia memang diciptakan untuk menjadi seorang suami yang terbaik, dia akan maafkan saya dan meredhai saya. Untuk sejuta kalinya saya akan ucap terima kasih dan beritahu dia "I don't deserve you, sayang. You are too good for me." Kiss kiss hug hug. Kalau malam tu pening tak datang and the hormones behaving well, kadar penggunaan air pada esok pagi adalah lebih tinggi dari purata harian biasa. Ha! Ha!



Azam ini dilakukan kerana apabila saya atau dia kembali ke dakapan Al-Khaliq, harapannya tidak ada kekesalan yang mendalam di hati saya atau dia. Kecuali kenangan yang indah dan tanggapan yang baik. Barulah boleh apply tag line untuk para jenazah iaitu"Rest in peace".


To Cik Nor, insyaAllah, akhi Fuaad now is resting in peace.

Ke dakapan Al-Khaliq

Pagi tadi, satu sms masuk ke my husband handphone. "Akhi Fuaad Kassim kembali ke rahmatullah pagi tadi".

Fuaad Kassim. Itu bukankah suami Cik Nor. I thot they were in Mekah performing Haji. Meninggal kat mana ni? Mekah? Sri Pulai?Bangi?. Peningnya nak figure out.


I called Cik Nor. The first sound I heard is a sedu-sedan. She cried. I remained strong. Dia kata dia balik Haji snin lepas. Mlm tadi arwah di Sri Pulai, now she is on the way to Sri Pulai. Dia pun baru dapat tahu.


I told her to bertenang. Sebelum saya breakdown, saya cakap saya akan call semula and ask her to bersabar a lot. I just hate any of friends saw me crying ke apa ke.


Cik Nor is my friend. Much older than me. We were buddies masa di Hitachi dulu. She is the second wife to arwah. They were married about 4 years ago. I was among the few selected people yang dijemput to witness the nikah ceremony. I supported her decision to marry arwah walaupun saya memang sedia tahu yang arwah dah berkeluarga dan tak ada apa yang salah atau celanya isteri dan keluarga yang ada. Saya tak pernah suruh dia fikir dua tiga kali about eing second wife. Saya tak pernah persoalkan apa-apa dalam perkara ni. As a friend, I want my friend to be happy. Itu pilihan dia untuk jadi second wife ke apa ke. I respected her decision. Siapalah kita nak persoalkan orang lain punya hati dan perasaan.


You have to meet Cik Nor and arwah in person, then you will know they get married bukan
kerana hawa nafsu atau harta atau nama. Arwah ikhlas, my friend also ikhlas. Dalam perkara macam ni saya agak realistik. Kena tengok keadaan dan situasi. Bukan dalam semua situasi poligami tu adalah perkara yang tidak baik.


Fast forward. She moved to Bangi and set-up an Islamic kindergarten, similar to mine. We keep in touch. Lepas tu, saya sibuk dengan urusan saya and she also busy with hers.


Bila saya glance thru her blog yang dikongsi bersama dengan arwah, it seemed they have a woinderful marriage life. Short, but sweet and meaningful. My friend loves him so much. I am a married woman, so melalui ayat yang my friend tulis, she is really contented with what she has now.


To my friend Cik Nor, hang in there. Be strong and may you find solace soon. He is now in the good hands of Allah.


Rejoice the moments you and arwah had together. Be thankful that you had a chance to spend some of your mornings, afternoons, evenings and nights with this wonderful man who has a heart of gold. Trust me, you never lost him but he will live forever in your heart.


Al-Fatihah to Allayarham Ir Ahmad Fuaad Kassim.

Thursday, January 8, 2009

Sakit badan

My back is killing me.

Leher rasa tegang. Dulu saya pernah masuk wad. Lepas buat MRI, saya didiagnos ada cervical spondylosis. Jangan malas nak tahu perkara baru, pergi google dan tengok apa ke bendanya cervical spondylosis dan take note how u can prevent yourself from having on.

Bukan belakang dan leher aje, satu badan sakit sume.


Patutnya petang tadi balik rumah sekejap nak berurut. Akak tukang urut tu pulak tak free. Saya ingat sayalah orang yang paling sibuk kat dunia ni. Rupa-rupanya ada orang lagi sibuk. Kalau saya sibuk macamana sekalipun, saya tak pernah turn down business. Kakak urut ni relax aje jawap.."Akak sibuklah Zah..sibuk sungguh ni, tak boleh nak dtg urut Zah. .hari esok pun sibuk..ermmm..Ahad baru tak sibuk"


Lambatnya hari Ahad. Rasa macam nak tercabut tulang belulang.


Actually, bukannya penat membanting tulang di sawah atau memikul kelapa sawit atau menebang balak..tapi penat yang dah lama simpan. Stok penat 3-4 bulan lepas. Sept penat uruskan rumah bulan puasa, Okt penat makan sempena raya dan kursus 5 minggu, Nov set up tpt keje baru, Dec penat adjust diri dgn keje dan rutin baru. Jan ni baru terasa sungguh penatnya.


Tapi ada sorang kawan kata pada saya dulu, tak apa kita penat kat dunia ni, nanti rehat betul-betul masa dlm kubur.


Ya, betul tu. Betul sangat2 jika penat kat dunia ni kerana perkara yang baik dan mendapat redha Allah. Kalau tak, kat kubur lagi penat..penat kena balun dengan malaikat.Masa tu bukan penat, tu penat kena siksa. Non-stop pulak tu, kecuali masa bulan Ramadhan..Aduss.


Tapi, saya memang dah biasa berpenat-penat begini. Nanti lepas urut dan adjust urat sana sini, insyaAllah OK. Seumur hidup saya, saya memang orang yang bekerja. Lepas grad, menganggur 1.5 bulan carik keje, pas tu terus keje tak berenti2. Beranakkan Hasif, rehat maternity 2 bulan, 3 years later dapat Syifa, maternity lagi 2 bulan. 4 years later dapat Adni, maternity 1 bulan pasal masa tu saya dah kerja sendiri. Boss mana boleh cuti lama-lama.So,secara matematiknya, sejak tahun 1994 hingga ke hari ini, saya hanya tak bekerja selama 5 bulan.


Bila dah kerja sendiri, memang dah tak ada istilah cuti. Kalau dapat MC dari doktor, guna buat bungkus chewing gum anak yang dia dah tak nak kunyah aje la. Nak ditunjukkan pada sapa la MC tu. Tunjuk pada diri sendiri.Banyak lagi keje bodoh lain yang boleh dibuat.


Now, my new job dengarnya lagilah tak ada istilah cuti. Katanya orang cuti, kitalah yang paling sibuk keje. Pulak.


Tapi, kalau diberi peluang tak bekerja pun rasanya saya akan gelisah nak bekerja juga. My husband pun cakap macam tu. Dia kata dia boleh bet isteri dia ni confirm tak senang duduk kat umah. Macamana you tahu? saya tanya. Heh, I ni suami u tau, dia jawap. Heh.Laki saya i pun macam saya jugak. Banyak magis.


Rajin bekerja. Rasanya itulah among my strength. I just cannot be static. Tak boleh pegun. Kalau dah mati nanti baru boleh statik. Sebab tu masa temuduga dulu, penemuduga tu tanya pasal the possibility of being too tired, coz the new job is so exhaustive at certain situations. Saya jawap.."Oh, that is the matter of mind over body" Maknanya, kalau badan penat macamana pun tapi minda kata tak penat, maka keadaannya akan menjadi tak penat. Saya ni kadang-kadang bercakap macam saya dah sampai ke tahap Mahatma Gandhi. Gandhi mogok tak makan, tapi dia tak kebulur pasal dia ada kuasa minda.
Malam ni sebelum tido saya nak wirid "Aku tak penat ..aku tak penat" sebanyak lima belas juta kali." Kalau betul menjadi teori saya tentang "mind over body" , alamat melepaslah akak urut tu nak bisnes dan merasa duit saya Ahad ni...Ha..Ha.
Take care, people!

Thoughts of the Day

You will be surprised to know how far you can go from the point where you thought it was the end.


Powerful ayat, heh?


Lapang2 nanti saya tulis why the ayat above is so significant, hokeh?

Wednesday, January 7, 2009

My reason for being upset





Inilah jawapannya kenapa hari ni saya rasa tak ada mood sungguh. Bukan baru hari ni, dah dua tiga hari. I am sad.The sufferings are too heavy for the children of Palestinian children to bear. Tak boleh nak bayangkan the sadness of the mothers...No mother shall bury their own children.
Tapi, dari dulu lagi, bila saya tengok gambar anak-anak Palestine yang terkorban dalam , saya selalu dapat the impression that diaorang ni sedang tidur nyenyak.Their faces are very calm. Tapi, kalau saya tengok gambar anak orang kafir mati, tak pulak saya ada impression macam tu. May be I am just too sad and my emotions deny the sadness by saying "they are now sleeping ..and soon will be in the company of Allah and put on a long sleep in Heaven. Entahlah...
Bila tengok gambar2 ni and read the news, rasanya all my troubles are very miniscule compared to the great sufferings the children in Palestine have to bear. I shall rasa segan merungut perkara-perkara yang kecil seperti air paip pagi tadi sejuk sangat, cuaca panas sangat, sale tak seperti yang diharapkan, jerawat tumbuh sana sini, punggung besar sangat, anak tak dapat semua A..tak heranlah kalau syurga nanti penuh dengan orang Palestine..
I am angry. Juga kecewa kerana nothing much I can do except menyumpah para pembunuh kanak-kanak tu semua. I wish I can do more than menyumpah seranah. When I am done with the menyumpah seranah, I also read the following doa.
Doa untuk GAZA:
"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami.
Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"
"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."
"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."
"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."
How I wish I can provide some kind of comforts to those surviving Palestinian children.
I wish I am in Gaza now.mending wounds and broken hearts.

Tuesday, January 6, 2009

Walking the country roads

Macam bagus aje nama blog ni. Seolah-olah berada di Texas, atau di Mexico. Atau di kawasan ladang di Australia,di mana saya ini adalah si jelita secun Nicole Kidman. Err,. have you watched Nicole Kidman in Australia?

If you were lost cowboys who are looking for some directions that can guide u home, minta maaf, tersalah tempat Mr Cowboy. Guide your kuda or keldai to other places. And, err...we don't sell beers here. Hee. Haa..

Why country roads? Short story..I just moved myself, my family, my kain baju and some of my books to a new place yang langsung aku tak pernah jejak seumur hidup. It never crossed to me, I will be in this place. Saya ingat saya akan kekal di bandar. Tua di bandar, habiskan hari tua di bandar, nazak di bandar, mati di bandar dan akhirnya dimakamkan di bandar. Heh! Bongkak sungguh aku ni..macam boleh sangat diatur-atur hidup mati, sakit dan tua di mana. Another lesson for me..Allah tentukan mana tempat kita akan hidup, mana tempat kita akan mati.

Alang-alang dah ada kat tempat baru ni, apa kata dilakukan sedikit catatan tentangnya, tanya saya pada diri sendiri. Mana tahu ada cerita, ada pengalaman yang wajar diabadikan.Nak tulis kat diari, letih lah jejari gemuk saya nak tulis tangan. Hari tu isi borang sekolah anak pun dah rasa lenguh, ni pulak nak cerita detail. Kita gunalah teknologi. Tak payah beli pensil, tak payah pinjam pemadam anak, tak payah nak pening mana nak simpan mangga diari. Kalau agak-agak dah menyampah dengan blog n, delete aje semua dan kuburkan blog. No hal punya.

Tak jawap lagi soalan kenapa namanya country roads. Depan tempat saya kerja ni ialah sebatang jalan di kawasan kampung. Bukan jenis jalan yang tanah merah yang bila hujan akan terjadilah magis kasut putih bertukar merah.., not that type. Ianya sebatang jalan persekutuan. Banyak kenderaan lalu lalang. I can spend whole day by looking at the road and dok bertanya dalam hati "Ke mana aje lah orang-orang ni nak pergi?". Heran, masa saya duduk di bandar dulu, saya tak pernah tanya soalan ni.Saya macam tahu aje ke mana orang-orang keliling saya nak pergi. Kereta Wira ni nak pergi Angsana, Kancil ni nak pegi Tampoi, Van buruk ni nak pegi Century Garden, kapcai ni nak pegi Lido. Tapi dah tiba kat tempat baru ni, saya dah hilang magis tu. Korang percaya ke saya ada magis tu?Baik tak payah percaya..Yang sebetulnya dulu saya tak bother orang disekeliling saya. Sekarang saya sangat concern siapa dan kemana orang di sekeliling saya nak pergi. Jika saya ditemuduga untuk menjadi tukang kira kereta tepi jalan, in no time saya akan lulus temuduga itu.

Sebab tu bila saya berbual dengan orang yang singgah di tempat saya bekerja, soalan pemecah air batu saya ialah "Nak ke mana kak? Boss, nampak hensem hari ni..nak pegi mana? Pak Haji ni lawa-lawa pakai baju batik ni dari mana nak kemana? Wahh, lawanya tudung Ekin Kak Kiah, lawa-lawa ni nak ke mana aje Kak?Itu kalau orang yang saya kenal..kalau orang yang saya tak kenal saya akan tanya "wah, ada class la encik punya Camry ni..ni plet W mesti beli kat KL.. ada meeting kat area ni ke? Kalau aweks pulak saya akan tanya "Adik ni balik cuti sem ke?" Kalau Mat Salleh yang singgah bawak anak beli Skittles kat tempat saya kerja, saya akan bertanya dengan slang Amrika yang teramat pekat yang kadang-kadang orang Amrika sendiri tak boleh nak faham "I hope you like your stay in Malayzia..is there anything I can help?Macam-macam lah saya punya style bertanya. Saya terkagum hanya dengan berada di sekitar sebatang jalan kampung, saya boleh berjumpa dengan ramai orang. I must have been a pekerja PROPEL atau jurutol in my previous life. Kepada yang tak kenal saya, jika anda meneka saya ini adalah seorang pemotong rumput tepi jalan, saya bagi anda markah negatif 2 juta.

So, itulah jawapannya kenapa saya pilih nama country roads. Kat keliling saya ni, ada beratus-ratus lagi country roads yang menunggu untuk saya susur. Tunggulah saya kurus sikit dan ada mood nak walk on foot, kampung belakang ni pun saya tak sempat ronda lagi.

So, are you ready to take the walk with me? I will take some important people in my life to join me meniti jalan ini. If you taat setia enough with this blog, you might get a lesson or two from this adventurous walk...ataupun anda akan letih mendengar cerita-cerita saya. Harapnya tidak.

Lets the walk begins...