Sunday, September 23, 2012

Rindu

Bila berjumpa baru saya tahu betapa saya merindukan enti...

*usai berusrah


Pak Ali Urut(3)

Saya sejujurnya tidak pernah tahu secara tepat apa latarbelakang Pak Ali sebelum ini.  Saya cuma tahu yang dia pernah bekerja makan gaji di dalam bidang berkaitan pertanian, dan kemudiannya berhenti(bersara?) awal dan balik ke kampung kerana masalah kesihatan.  Kaedah saya dalam menyesuaikan diri di sini ialah saya tidak mahu tahu sejarah silam seseorang itu.  Yang lepas tidak ada kena mengena dengan saya.   Saya sendiri  tidak suka orang menggali-gali sejarah silam saya.

Saya juga tidak pernah bertanya secara terus kepadanya.  Demi menghormati persahabatan dan memelihara keserasian yang terjalin.  Tapi saya merasakan Pak Ali seorang yang cerdik.  Untuk seseorang yang sudah lama tinggal di kampung, saya rasa pemikiran beliau agak kontemporari. Kalau Pak Ali datang berurut, topik demi topik akan kami bualkan.. Sesekali terkeluar perkataan-perkataan Inggeris yang agak tinggi nilai aestetiknya dari mulutnya.  Ariffin selalunya akan mendengar saja apa yang kami bualkan kerana dia selalunya menahan geli dan sakit diurut Pak Ali.

Selalunya Pak Ali akan mengurut pada sebelah malam. Seusai mengurut, saya akan menjamu Pak Ali makan.  Kalau saya tidak terlalu sibuk sebelah petang, menu supper malam tu adalah menu yang semenggah sikit.  Jika tidak Pak Ali kennalah redha dengan sandwic ikan, lempeng, atau jemput-jemput.  Saya syak kenaikan berat badan saya dua tiga tahun kebelakangan ini ada kaitan dengan tabiat menemankan Pak Ali makan supper.  Pak Ali makan untuk ganti tenaga yang habis kerana mengurut, saya makan kerana menemankan Pak Ali makan.  Akibatnya, saya kini terpaksa besenam di sebelah petang.

Malam Khamis lalu Pak Ali diserang sakit jantung.  Tengahari  Jumaat isterinya menelefon saya dengan penuh hiba menyampaikan khabar.  Petangnya saya bergegas ke ICU Hospital Segamat.  Alhmadulillah, krisis serangan jantung Pak Ali  telah diurus dengan baik.  Saya berbual dengan Pak Ali dengan nada yang sama seperti waktu-waktu sebelumnya.  Saya tahu dia bukannya jenis orang yang cepat bersedih berduka nestapa berputus asa.  Saya cuma kata ini petanda Allah suruh slow down a little bit and look after your health.

Pak Ali juga mahir membuat kerja-kerja kayu.  Lihat saja rumahnya sekarang. Rumah kampung kayu siap berukir bagai.  Jadi, dia memang selalu sibuk dengan kerja-kerja kayu dan bertukang hingga mungkin kurang rehat.  Lupa pula saya nak nasihat dia supaya berhenti merokok.

Begitulah baiknya rezeki saya dan Ariffin dikurniakan Allah. Dipertemukan kami dengan orang asing yang tinggi budi dan luhur.  Bukan semua orang mengharapkan balasan dan upah.  Masih ada di celah-celah ramainya manusia hari ini yang boleh mengikhlaskan diri membantu orang yang tidak pernah dikenali tanpa meminta apa-apa balasan.

Terima kasih Pak Ali.  Saya dan Ariffin menghargai setiap sumbangan tenaga, masa dan kasih sayang Pak Ali kepada kami sekeluarga.  Kami mendoakan Pak Ali akan dikurniakan kesembuhan tanpa bekas dan moga kehidupan Pak Ali sekeluarga sentiasa diberkati Allah.

Pak Ali Urut(2)


Allah ini memang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.  Walaupun Pak Ali berkali-kali mengingatkan dia bukannya tukang urut, Ariffin serasi benar berurut dengan Ariffin.  Saya tidak kisahlah Pak Ali nak mengaku tukang urut ke tidak, tapi saya bersyukur pada Allah  dan ucap terima kasih kerana Pakcik datang mengurut.

Tahun ini adalah tahun ketiga  Pak Ali mengurut Ariffin.  Namun bukanlah 3 tahun yang lalu ini Pak Ali datang mengurut selang sehari. Kadang-kadang ada yang berselang  hingga 6 bulan.  Kalau Pak Ali sibuk atau ada hal, dia tak akan datang untuk satu tempoh yang lama. Kalau datang angin rajin dia, seminggu 3 kali datang mengurut.

Saya tidak boleh merungut kerana Pak Ali tidak mahu menerima bayaran.  Kalau Pak Ali letakkan caj untuk setiap sesi urut pun, akan saya usahakan juga sumbernya kerana itulah ikhtiarnya.  Ada sekali tu saya dan Ariffin kena marah kerana saya menyelitkan duit di celah-celah buah tangan yang saya kirimkan kepada dia seusai mengurut Ariffin.

"Korang jangan nak main-mainkan keikhlasan Pakcik..Pakcik cakap Pakcik tak nak bayaran, jangan cuba-cuba nak bayar Pakcik...".  Keras juga nada dia.  Dalam hati saya habislah lepas ni dia tak nak datang mengurut Ariffin lagi.

Kami minta maaf.  Namun, Pak Ali masih sudi menerima pemberian-pemberian lain seperti gula tepung nasi beriyani murtabak dan sebagainya.  Duit raya pun dia terima.  Cumanya dia tidak mahu dibayar kerana mengurut Ariffin.

Lepas peristiwa itu serik saya nak cuba-cuba kasi dia duit yang nampak seperti upah mengurut.

Setelah hampir 2 tahun mengurut bahagian kaki hingga ke peha Ariffin, Ariffin sudah boleh melipat kaki dan membengkok lutut, tetapi masih belum boleh duduk apatah lagi berdiri dan berjalan.   Sebelumnya kaki dan lutut akan tegak sahaja dan apabila berwudhuk memang perlu orang lain meratakan air di bahagian kaki.  Syukur.  Kini Ariffin boleh menyempurnakan wudhunya sendiri dengan menggunakan penyembur air.  Saya berpesan kepada Ariffin, titipkanlah doa untuk Pak Ali setiap kali Sayang lepas berwudhu.  Dengan izin Allah dan kesungguhan Pak Ali mengurut maka kini Sayang boleh berwudhu sendiri.

Hubungan saya dan Ariffin dengan Pak Ali merentasi batas keluarga.  Jika Kak Zah(Azizah juga namanya) isteri Pak Ali memasak masakan yang istimewa, maka akan dihantarkan semangkuk ke rumah.  Jika lauk yang saya masak tidak terlalu masin dan masih ada rupa lauk,  saya hantar semangkuk ke rumahnya.  Saya dan anak-anak sentiasa ada dalam senarai tetamu mereka jika ada majlis di rumah mereka dan saya sebolehnya-bolehnya cuba memenuhi jemputan tersebut sebagai tanda menghargai persahabatan yang terjalin.

Kalau lama  Ariffin tidak bersua Pak Ali, mulut akan tersebut-sebut. Bila saya dan isteri Pak Ali bertembung di pasar, isterinya juga menyebut Pak Ali  sudah rindu benar pada Ariffin tetapi tidak sempat untuk datang.  Sudah seperti orang bercinta pula.

bersambung...

Pak Ali Urut (1)

Nama penuhnya bukan begitu.  Dan dia bukannya juga tukang urut secara profession.

Tadkdir Ariffin sakit dan hilang upaya dan kami berpindah ke Batu Anam  membuatkan saya dan Ariffin ditemukan dengan Pak Ali.  Saya tidak ingat bila kali pertama saya bertemu Pak Ali, tetapi Pak Ali ingat benar bila kali pertama dia terpandangkan saya dan Ariffin.  Dia kata masa itu dia ke stesen, masa tu baru dalam seminggu stesen mula operasi,  dia datang untuk mengisi minyak.

Dia ternampak saya sedang membantu Ariffin keluar dari kereta.  Masa itu Ariffin masih boleh memandu tetapi sudah tidak boleh mengangkat punggung dan badan untuk memulakan pergerakan-pergerakan seterusnya.  Kaedahnya saya akan mendakap Ariffin dari hadapan dan akan angkat badan  dia sedikit supaya dia boleh mula berdiri.  Pak Ali kata pada ketika itu juga sudah tumpah rasa kasihannya pada Ariffin. Muda-muda sudah sakit.

Pak Ali datang ke rumah kami atas jemputan orang lain.  Saya tidak pernah berpeluang berkenalan atau diperkenalkan kepada Pak Ali sebelum itu.  Tahun pertama di sini adalah tahun yang paling  sibuk. Sibuk dalam banyak hal termasuk sibuk untuk mengenal nama dan mengecam rupa orang-orang di sini.

Untuk beberapa ketika, saya diurut oleh Kak Faridah.  Saya  ini orang yang tidak tahan sakit.  Kalau sakit gigi, dalam setengah jam saya sudah terpacak depan klinik gigi.  Kalau demam, belum naik suhu saya sudah mencari Panadol.  Begitu juga kalau lenguh badan, Kak Faridah terpaksalah tukar jadual dia hari itu untuk mencari masa mengurut saya.

Setelah beberapa ketika mengurut saya di rumah, Kak Faridah berasa kasihan kepada Ariffin.  Sebelumnya Ariffin pernah diurut oleh beberapa tukang urut.  Tetapi tidak ada keserasian dan ada juga yang saya sendiri hentikan perkhidmatan.  Manakan tidak, diurutnya Ariffin sekuat hati macamlah suami saya itu baru saja balik dari sebulan menebang balak.  Akibatnya, malam ini berurut esoknya demam.  Ariffin ini kalau demam, akan berdiam dari berkata-kata.  Ariffin adalah rakan bicara saya, mana boleh dia diam tidak berkata-kata.  Saya ada banyak perkara nak bincang dengan dia.  Sudah 17 tahun berkahwin campur 4 tahun bercinta , saya dan Ariffin masih ada banyak topik yang perlu dibincangkan.

Atas dasar kasihan Kak Faridah datang merayu kepada Pak Ali yang juga bapa saudarannya supaya datanglah mengurut Ariffin suami Puan Azizah yang jaga stesen tu, kasihan benar saya melihat dia..  Itu ialah penerangan yang paling selalu orang di sini pakai nak rujuk tentang saya dan Ariffin.  Hari ini, panggilan Puan itu semakin hilang dan nanti saya ceritakan bagaimana ianya boleh berlaku.  Saya memang rimas apabila orang berPuanPuan dengan saya.

Pak Ali bukanlah seorang tukang urut yang orang boleh datang ke rumah dia dan suakan kaki terkehel, lutut teralih, tulang tangan terpatah.  Ikut rezeki masing-masing.  Kalau rezeki orang tu baik, dia gosoklah sikit.  Kalau tidak dia akan rekomenkan tukang urut lain atau cadangkan klinik yang berhampiran .  Itu yang saya dengar dari orang keliling.

Kali pertama Pak Ali datang ke rumah adalah sekitar 2009, masa itu Ariffin sudah tidak boleh bangun berdiri mahupun duduk.  Pada Ramadan 2009, Ariffin kehilangan keupayaan itu.  Ianya satu realiti yang perit, nanti saya ceritakan dalam tulisan yang berasingan.

Umur Pak Ali ketika itu dalam sekitar 50 tahun.  Orangnya jenis yang sederhana. Tidak begitu berkeras untuk menonjolkan diri, namun tidaklah begitu diam hingga kita disekelilingnya mati akal untuk berbicara.  Saya dan Ariffin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi datang.  Dia kata dia sendiri tidak tahu macamana dia boleh ada kemahuan untuk mengurut Ariffin.  Selalunya dia memilih untuk tidak mengurut.  Pakcik bukan tukang urut, berkali-kali dia menegaskan.  Bberkat pemerhatian saya betahun-tahun sebelum itu  membawa Ariffin berubat dan berurut ke sana ke sini, melihat ruas pada tangannya saja saya tahu dia adalah tukang urut yang baik.

Saya dan Ariffin sukakan Pakcik Ali pada saat dan ketika itu juga.  Padahal kami bukanlah orang yang jenis begitu.  Saya ini ada banyak ciri yang tidak baik, antaranya tidak mudah mempercayai orang lain, apatah menjemput orang lain masuk campur dalam urusan peribadi  dan urusan keluarga saya.  Bukan sombong, tapi defensif- ingin melindungi diri dan keluarga saya dari kemungkinan-kemungkinan  yang saya tidak tahu..  Bukan berburuk sangka, tetapi lebih kepada berhati-hati.  

Pak Ali orangnya sangat bersahaja.  Dia adalah antara orang yang saya tidak segan jika dia datang singgah ke rumah dan rumah saya sedang bersepah.  Dia ada kebolehan untuk buat muka seolah-olah "aku tak nampak apa pun masalah dengan susun atur rumah kau ni...".  Saya yang terbengang malu kerana kelemahan pengurusan rumhatangga saya hampir terbongkar akan olok-olok marahkan Adni kerana tak kemas buku lepas belajar.Yang buat nampak bersepah kain baju 2 hari tak berlipat parking atas sofa, buku Adni yang tak berapa helai itu juga yang saya salahkan. Yang ini namanya ego.

Bersambung..


Saturday, September 22, 2012

Kenapa nak menulis semula?

Lepas publish entry yang lalu, saya tengok-tengok antara posting yang awal adalah http://www.walkingthecountryroads.blogspot.com/2009/01/reflection-dari-peristiwa-ke-dakapan-al.html
(punyalah tak reti nak buat link..belasah aje...).

Ni ada resa nak tulis semula pun selepas  menerima berita she is now fighting a stage 4 lung cancer.

Ni reply saya  kpd email  e-grp yang memaklumkan berita sedih tersebut: 

'Innalillahiwainnailaihirojiun'  ..

Ukhti Norwati adalah ex colleague ana dan Hisham Walat dan Hj Hafidz Kulaijaya semasa kami adalah mat/minah kilang dulu..

She is among the pulling factors kenapa saya menyertai JIM dulu.

A strong woman, all-rounder,witty and pleasant to be around with.  Seingat saya, setiap kali saya melahirkan anak, she is among yang awal berziarah dan mengucap tahniah.  She loves my children and always told her that she will make a good mother one day. In return, I was there during her akad nikah day and respected her decision and happy for her. 


She had a short stint with Darul Ilmu on our first year and for quite sometimes the children keep asking for "mana teacher Nor..mana teacher Nor"  even long after she left Darul Ilmu.  I am not surprised when Al Fatih preschool which founded by her  was a hit in Bangi     

I envied her because she had the honor to take care of her aged mother and stayed with her even after akhi Fuaad passed away..

A business owner, a childless widow, looking after an  aged mom and now being tested with terminal disease are a little too much for a soul to bear.  knowing her, she will face the turbulent graciously and with lots of wisdom.  Allah ingin memuliakannya dengan kedudukan yang tinggi.  

 She will need all the supports and doa we can extend to her.  

Ada juga ana dengar rungutan kenapa beliau tidak mahu menerima ramai tetamu dan menjawap panggilan.  Seharusnya kita hormati permintaan itu.  Selepas beberapa ketika menjaga Ariffin yang sakit, ana perasan ada certain days (esp during the beginning stage ), there  were days(saya panggil "hari-hari gelap")   when he was at  his lowest low he didn't  even want to wake up from bed and face the world and meet anyone...Cara terbaik untuk kita yang disekelilingnya ialah speak less and choose the correct words when we speak.

once reality sinks in, things will get better and the sick one will appreciate visitors and enjoy the companionship.

Let's opt for other ways of showing how much we empathize and care until she is ready to meet us. Send her flower bouquets, make her get well soon card, send her  books, write her letters, buatkan solat hajat...etc

Azizah


Wahh..you must be very special girl...I have been writing about you before and now I am writing about you again...

Abaikan kecelaruan saya dlm email di atas..kejap bahasakan diri ana, kejap guna saya.  Kejap feeling nak jadik ustazah, kejap feeling penulis Mingguan Pelajar...lagi mau tulis "to write a book and published it" dalam senarai "Things to do before I  mati  die...A Samad Said pun diserang kemurungan kronik  tengok kemusnahan bahasa yang engkau lakukan... 

I write again partly because I think (dah, English pulak..feeling Maya Angelou)...because I shud record things that happening around me somewhere.  Ada banyak benda-benda signifikan yang padat dengan pengajaran yang kalau dibaca oleh orang lain mungkin ada manfaatnya.

Saya tidak mengambil gambar apatah lagi menyimpan gambar seperti dia ni 
http://www.flickr.com/photos/muz4kkir/ (anak lelaki sapa la ni..), atau seorang yang sangat pengingat seperti suami saya Ariffin, saya tidak menulis diari kerana tidak pernah memilikinya...dan lately saya perasan saya selalu lupa...lupa ambil barang lepas buat bayaran, lupa hari ini hari apa, lupa tadi Adni pesan suruh beli apa, lupa tadi Ariffin suruh buat apa.. kalau makan tak lupa pulak. 

Makanya, mungkin ada manfaatnya kalau ditulis di sini.  Sekurang-kurangnya ada le catatan untuk kenangan di hari tua...(harap-harap sempatlah tua).

OK, ni je dulu.  nak siap-siap pegi senam. Awak baca blog orang je ni dah senam ke belum?

 Ingat, jangan lari, berjalan aje...takkan jalan pun tak boleh... tak payah sampai satu jam..15 minit sudah cukup..tapikena buat hari-hari..  macamana awak rajin makan, macam tu juga awak kena rajin senam. Tidak, saya tak mahu bagi awak diet pill..awak kena senam juga...

Dr senyap sekejap boleh tak?Saya stress ok.






                                                   I only listen to my Dr ok...


2 funerals and a ceramah kesihatan

Ingatkan dah dikuburkan blog ni...

ada lagi rupanya...try and error login dan passwd, masih boleh masuk.Ingat nak buat blog tajuk baru..tak payahlah, blog tajuk ala-ala lagu koboi ni pun ok je..dah ada 2 followers.  buat blog baru belum tentu dpt tangkap 2 followers ni.

2 funerals ,one sad news about a friend fighting stage 4 lung cancer ,a visit to ICU visiting pakcik tukang urut my husband kena heart attack kerana jantung tersumbat,  1 medical check-up with dashes of red marks here and there on the med report and a 15 minit ceramah kesihatan by the doctor yang mengandungi perkataan -perkataan yang sangat depressing seperti "sudah kembang, kena senam, jangan duduk saja dalam ofis, jangan malas, darah tinggi,makan 2 kali satu hari sudah cukup,  saya sudah agak berat awak mesti sangat tinggi, etc,,,"  ..all  in a week kinda too much for me to handle.

Resolusinya ialah:

1)  i shud start thinking about my own death,seriously.

2) Write my own list "things to do before I die".

3) Beli jubah kaler putih.  Dan tghari tadi pegi kedai kat Jalan Aji beli 2 helai jubah warna putih.  Satu pasal sekarang musim haji dan feeling simpan stok jubah kot nak pegi haji tahun depan, kedua senang ada baju nak pakai ziarah orang meninggal dunia (sangat kurang sopan pakai baju meriah kaler-kaler berbunga-bunga ziarah orang meningggal ok, ingat nak pegi parti tupperware ke apa?), dan pakai masa nak solat under telekung..Allah sukakan yang cantik-cantik ok..

4) Korek dari almari seluar senam,baju senam dan kasut untuk berlari...bukan, kasut untuk berjalan. Doktor kata kalau dah malas sangat sbg permulaan jalan aje..15 minit satu hari.  Ok, this time  I dengar cakap Doktor.  Nak pegi lagi ke tak klinik u, itu kita decide kemudian, good bye.

5) Stop beli tudung online dan guna bajet tu untuk stock up buah kiwi dalam peti ais.  Beli tudung kat pasar tani Gemas dibenarkan lagi kerana harga dia murah aje di samping tolong orang Islam berniaga (alasan baik punya).

Wah...banyaknya resolusi...

Mcm nak tergelelak  aje baca entry yang dulu-dulu...hik..hik.

Masa tu baru sampai Batu Anam...dan masih blur2 lagi...tu yang tulis guna ayat skema aje...

To my followers yang 2 orang ni, jangan letak so much hope yang saya akan tulis selang 2 jam atau selang sehari.  Saya cuba tidak menghampakan u all ok.

Next entry saya tulis kenapa tiba-tiba ada rasa nak sambung tulis blog semula....

Saya sudahi dengan :


thank u for reading!