Ingatkan dah dikuburkan blog ni...
ada lagi rupanya...try and error login dan passwd, masih boleh masuk.Ingat nak buat blog tajuk baru..tak payahlah, blog tajuk ala-ala lagu koboi ni pun ok je..dah ada 2 followers. buat blog baru belum tentu dpt tangkap 2 followers ni.
2 funerals ,one sad news about a friend fighting stage 4 lung cancer ,a visit to ICU visiting pakcik tukang urut my husband kena heart attack kerana jantung tersumbat, 1 medical check-up with dashes of red marks here and there on the med report and a 15 minit ceramah kesihatan by the doctor yang mengandungi perkataan -perkataan yang sangat depressing seperti "sudah kembang, kena senam, jangan duduk saja dalam ofis, jangan malas, darah tinggi,makan 2 kali satu hari sudah cukup, saya sudah agak berat awak mesti sangat tinggi, etc,,," ..all in a week kinda too much for me to handle.
Resolusinya ialah:
1) i shud start thinking about my own death,seriously.
2) Write my own list "things to do before I die".
3) Beli jubah kaler putih. Dan tghari tadi pegi kedai kat Jalan Aji beli 2 helai jubah warna putih. Satu pasal sekarang musim haji dan feeling simpan stok jubah kot nak pegi haji tahun depan, kedua senang ada baju nak pakai ziarah orang meninggal dunia (sangat kurang sopan pakai baju meriah kaler-kaler berbunga-bunga ziarah orang meningggal ok, ingat nak pegi parti tupperware ke apa?), dan pakai masa nak solat under telekung..Allah sukakan yang cantik-cantik ok..
4) Korek dari almari seluar senam,baju senam dan kasut untuk berlari...bukan, kasut untuk berjalan. Doktor kata kalau dah malas sangat sbg permulaan jalan aje..15 minit satu hari. Ok, this time I dengar cakap Doktor. Nak pegi lagi ke tak klinik u, itu kita decide kemudian, good bye.
5) Stop beli tudung online dan guna bajet tu untuk stock up buah kiwi dalam peti ais. Beli tudung kat pasar tani Gemas dibenarkan lagi kerana harga dia murah aje di samping tolong orang Islam berniaga (alasan baik punya).
Wah...banyaknya resolusi...
Mcm nak tergelelak aje baca entry yang dulu-dulu...hik..hik.
Masa tu baru sampai Batu Anam...dan masih blur2 lagi...tu yang tulis guna ayat skema aje...
To my followers yang 2 orang ni, jangan letak so much hope yang saya akan tulis selang 2 jam atau selang sehari. Saya cuba tidak menghampakan u all ok.
Next entry saya tulis kenapa tiba-tiba ada rasa nak sambung tulis blog semula....
Saya sudahi dengan :
thank u for reading!
No comments:
Post a Comment