Tuesday, January 13, 2009

Berendam air mata


You are deeply missed, sayang.
Malam tadi saya tidur berendam air mata.
Bukan mengenangkan harga minyak turun naik. Bukan.
Bukan juga mengenangkan nasib kanak-kanak Palestin yang dihimpit perang. Saya berendam air mata kerana tu dua malam yang lepas.
Bukan juga pasal lapar ke. Bukan, bukan. Kalau lapar, saya tak nangis, saya pegi makan.
Malam semalam adalah malam pertama saya tidur tanpa anak lelaki saya yang seorang ini kerana anak saya dah masuk asrama. Dulu-dulu pun saya pernah tidur tanpa anak-anak saya. Kalau saya ada kelas Masters di UM dan perlu bermalam di bilik sewa di Vista Angka$a, saya tidur sendiri tanpa anak-anak. Tapi taklah sedih macam ni knowing malam esoknya saya akan balik ke pangkuan keluarga and we will reunite again.
Ni tidak. Kena tunggu cuti penggal baru saya boleh ada full house at night.
This thing came too soon. Tu yang saya susah nak adjust. Dari awal saya dah cakap dengan suami yang our children tak perlulah ke boarding school. Anak dahlah tak ramai, so let them spend the first 17 years of ther life dengan kita. Bila dah masuk university, tu memnag dah tak boleh nak elak.
Itu rancangan saya. Apalah sangat rancangan kita sebagai manusia yang lemah yang serba tidak mengetahui berbanding Dia.
Right after his UPSR result, saya dapat stesen di tempat ni. Kena pindah sini. The whole landscape berubah. Dari tempat tinggal, jadual harian, lifestyle dsbnya. Tapi ada beberapa perkara yang tak berubah, such as my children shall get the best education and it should be be based on Islamic education.
Dulu di Skudai, kami hantar anak-anak ke sek swasta yang integrate Islamic teaching into their curriculum. Berana anta anak2 kitaorang.
Tiba sini, kawan-kawan beraku engkau. Ternganga anak saya. Nak jawap guna ana anta atau nak jawap guna aku engkau.
Sebagai seorang insan yang serba kekurangan, saya tahu di tahap mana kemampuan saya. I am not a perfect mother. Dan saya tidak mahu ketidaksempurnaan saya itu merosakkan kehidupan masa depan anak-anak saya.
Sebagai ikhitiar seorang ibu, saya turun naik ulang alik ke PPD membuat rayuan agar anak saya dipertimbangkan ke SMKA bagi memastikan anak saya mendapat kesinambungan kepada Islamic education yang dia dapat dulu.
Pagi semalam, doa orang yang berdoa telah dimakbulkan Allah. "Puan, sila datang ke PPD untuk ambil surat tawaran anak Puan." Terus kena daftar di SMKA Segamat dan petang tu jugak kena hantar masuk asrama. Tak perlu saya cerita macamana kelam kabutnya saya menyiapkan peralatan anak nak ke asrama. Bab ni saya jadik good mother pulak. Yalah, pasal ianya ada kena mengena dengan aktiviti bershopping dan perabih duit. Itu kemahiran saya.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada aku dan anakku untuk menghadapi perpisahan sementara ini. Lindungilah anakku dari sebarang bahaya dan kejahatan makhluk. Berikan kekuatan kepadanya dan jadikannlah dia seorang yang disenangi rakan dan guru. Berikannya kesihatan yang baik dan lapangkanlah dadanya menuntut ilmu dan mempelajarai kemahiran baru. Ya Tuhan, telah Engkau takdirkan ini semua untuk kami, dan kami bermohon jadikanlah penghujungnya adalah sesuatu yang baik.Ameen.
InsyaAllah, I'll write more on this and about this special boy-Muzakkir Hasif.
Akak nak pegi nangis kejap.

No comments:

Post a Comment